SELAMAT DATANG

Tuesday 12 January 2010

Mana yang lebih penting?

Port Tanjung Langsat ( 70 % ) beroperasi...
Sejauh manakah kesannya kepada nelayan sekitar perairan tersebut. Kemana nelayan sedia ada di sekitar Kg Tg Langsat dan Kg Perigi Acheh akan mencari rezeki mereka jika jumlah ikan berkurang atau dengan kata mudah sumber periuk nasi mereka terganggu akibat operasi Port ini.

Soalannya.... berapa jumlah Nelayan yang tinggal di kawasan tersebut?
berapa jumlah pekerja atau pencari rezeki lain untuk keluarga yang akan datang ke kawasan itu jika Port ini beroperasi sepenuhnya.

Cuba bandingkan... ???

Cari jawapannya... mana yang lebih utama....

Mengadu Nasib

Tuhan tidak pernah meminta manusia membayar apa yang diambil dari perut laut-Nya. Ambil saja, tak kira berapa banyak. Sekilo, 2 kilo, sebankul, 2 bakul mahupun sepikul...

Namun begitu... berapa kerat yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya itu... berapa ramai yang menadah tangan untuk rezekinya itu...


Soalannya... berapa ramai kaki pancing yang sujud menunaikan solat yang wajib bila waktu solat semasa mereka mabuk dan asyik dengan joran keramat mereka.